Harus diingatkan bahawa perbahasan lafaz Allah ini bukan dilihat daripada kacatamata ontologi, yakni persoalan siapakah Tuhan yang sebenar bagi seluruh alam ini termasuk manusia. Jawapan bagi isu ini amatlah jelas bahawa satu-satu Tuhan yang wujud ialah Allah swt dan tiada tuhan selain Dia. Jika perkara ini diakui oleh semua agama, maka sudah pasti tidak wujud perbezaan antara agama, sedangkan hal ini tidak sedemikian kerana kepercayaan terhadap Tuhan yang satu itu amat berbagai dan diakui oleh semua agama.Oleh itu, kalimah Allah yang menjadi fokus ini sepatutnya dilihat daripada segi teologi (kepercayaan) dan apabila ahl ini ditelusuri, maka akan jelaslah perbezaan konsep setiap agama itu mengenai Tuhan. Kalimah Allah bukan hanya sekadar nama bagi Tuhan bagi umat Islam, tetapi ia menyentuh seluruh juzuk kepecayaan dan keyakinan terhadap ajaran Islam. Ia perlu dilihat dari pelbagai sudut agar satu kesatuan kefahaman bermula dari aspek teologi atau kepercayaan Islam dan situasi yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia.

Your Comment Comment Head Icon

Login