kita menjadi kabilahyang diburu dan dijadikan penjahat seperti kaum Musa asoleh agama yang kita pegang dan junjung dengan percayadijadikan syariat dan jalan kebenaran; cahaya dan penyuluhsedang mereka dengan keangkuhan dan kesombongan Firaunmenjulang pedang tajam kebebasan serta tombak kenihilanuntuk merobek agama dan kebenaran Tuhan yang kita milikiatas nama hak asasi manusia, kesamarataan dan kebebasan berfikirmaka al-Quran mereka jadikan buku dari tangan manusiayang boleh ditafsir akal sesuka hati dan dimaknakan semahunyasuara-suara mereka lagi mengatakan bahawa nabi-nabihanya mitos yang dicipta oleh agama - maksum itu hanya dongengdan Islam adalah nama yang diberikan warna penuh kelabuuntuk dilihat dengan penuh sinis dan prasangka gelap.(Perjalanan 2)
Your Comment